Dalam artikel kali ini, kita akan mengulas sedikit berkenaan dengan internship atau latihan industri.
Apa yang anda akan dapat daripada artikel ini?
Mengenai Internship atau Latihan Industri
Anda telah bersedia untuk latihan industri ataupun internship? Internship adalah program latihan yang memberi peluang kepada pelajar atau individu yang sedang belajar untuk mendapatkan pengalaman kerja praktikal dalam bidang yang berkaitan dengan pengajian mereka.
Biasanya, program ini dilaksanakan di peringkat akhir pengajian diploma, ijazah sarjana muda, atau peringkat pengajian tinggi lainnya.
Maklumat Jawatan 1
Nama Syarikat : UEM Sunrise Berhad
Deskripsi Kerja :
- Membantu dalam penyelidikan, penyusunan fail, pemasukan data, dan merekod serta mengekalkan rekod kewangan yang tepat dan lengkap.
- Menyediakan laporan/pemantau dan dokumen lain. Bekerja dengan sistem/perisian yang diperlukan.
- Menangani maklumat yang sensitif dengan jujur dan integriti
MOHON JUGA : JAWATAN KOSONG IOI GROUP
Maklumat Jawatan 2
Nama Syarikat : Whitman Independent Advisors Sdn Bhd
Deskripsi Kerja :
- Dilatih dengan Latihan Perancang Kewangan Khas Whitman
- Membantu dan menyediakan sokongan pentadbiran kepada penasihat kewangan
- Menyediakan laporan pelaburan dan analisis
Maklumat Jawatan 3
Nama Syarikat : Alliance Bank Malaysia Berhad
Deskripsi Kerja :
- Terokai latihan praktikal di Alliance Bank.
- Kami akan menyediakan anda pengalaman bekerja secara langsung dengan institusi kewangan tempatan.
- Dengan kami, anda akan mendapatkan pandangan industri yang berharga dan pendedahan dalam pelbagai jabatan.
- Anda akan berpeluang untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi, disiplin diri, dan pengurusan masa anda.
Cara Permohonan
- Kunjungi laman portal yang disediakan untuk membuat permohonan.
- Isi maklumat dengan betul dan lengkap
- Hantar permohonan sebelum tarikh tutup
Tips Tambahan Untuk Membuat Permohonan Internship atau Latihan Industri
- Kenali latar belakang syarikat : Anda harus membuat penyelidikan tentang syarikat pilihan anda. Kaji selidik syarikat yang diinginkan. Terutama sekali berkenaan dengan carta organisasi dan visi syarikat.
- Lihat kekosongan latihan industri : Kekosongan tempat latihan industri bergantung kepada syarikat itu sendiri. Anda perlu menyelidiki kekosongan dengan lebih awal. Hal ini akan memudahkan anda untuk menghantar permohonan kelak.
- Bersedia dengan soalan-soalan temuduga : Persiapkan diri dengan soalan-soalan temuduga yang bakal disajikan. Jawab dengan yakin dan perlukan kajian mendalam berkenaan dengan syarikat.
Layari Laman portalkerjaya.com
Layari portal laman portalkerjaya.com untuk mendapatkan informasi mengenai pekerjaan yang tersedia di Malaysia. Sekiranya berminat untuk mendapatkan kemaskini semasa jawatan kosong, letakkan emel anda disini.