Pinjaman LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam) menawarkan peluang terbaik kepada penjawat awam untuk memiliki rumah.
Dengan kadar faedah yang rendah dan margin pinjaman 100%, pinjaman LPPSA jauh lebih menguntungkan berbanding pinjaman bank.
Apa Yang Anda Akan Dapat Daripada Artikel Ini?
Baca Juga : Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2024
Apa itu LPPSA?
LPPSA, sebelum ini dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) di bawah Kementerian Kewangan, adalah sebuah badan berkanun yang menguruskan pembiayaan perumahan untuk sektor awam.
Ditubuhkan pada 1 Januari 2016, LPPSA meluluskan kira-kira 40,000 permohonan pembiayaan setiap tahun, dengan nilai antara RM10 bilion hingga RM12 bilion.
Kelayakan Memohon Pinjaman LPPSA
Penjawat awam yang telah disahkan jawatannya layak memohon pinjaman LPPSA ini untuk tujuan seperti pembelian rumah, tanah, atau kerja ubah suai. Dokumen seperti Surat Pengesahan Jawatan adalah wajib.
Pembiayaan Pertama
- Ansuran bulanan: Tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap.
- Jumlah hutang: Tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih.
- Gaji bersih: Sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.
Pembiayaan Kedua
- Ansuran bulanan: Tidak melebihi 50% daripada gaji pokok dan elaun tetap.
- Jumlah hutang: Tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih.
- Gaji bersih: Sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.
Jumlah Had Pinjaman
Jumlah maksimum pinjaman yang boleh dimohon bergantung kepada gaji pokok, elaun tetap, dan potongan tertentu.
Anda boleh mengira had kelayakan menggunakan Kalkulator Pengiraan Kelayakan di laman LPPSA.
Jenis Pembiayaan Ditawarkan
- Pembelian rumah atau petak kediaman siap
- Pembinaan rumah di atas tanah sendiri
- Pembelian rumah dalam pembinaan
- Pembelian tanah untuk pembinaan rumah
- Menyelesaikan pinjaman perumahan dari bank lain
- Kerja ubah suai rumah
Cara Memohon LPPSA
Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal LPPSA. Berikut langkah-langkahnya:
- Daftar Akaun Pengguna: Layari portal LPPSA dan daftar ID pengguna.
- Log Masuk: Gunakan ID dan kata laluan untuk log masuk.
- Kemaskini Butiran: Lengkapkan maklumat peribadi, alamat, keluarga, dan pekerjaan.
- Pilih Jenis Pembiayaan: Pilih sama ada permohonan individu atau bersama.
- Lengkapkan Maklumat Pembiayaan: Masukkan butir seperti maklumat awal pembiayaan, pendapatan, komitmen, dan insurans.
- Hantar Permohonan: Simpan dan hantar permohonan setelah selesai.
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan MyKad
- Slip Gaji atau Surat Pengesahan Jawatan
- Surat Iringan Ketua Jabatan
- Borang Permohonan Pinjaman yang disahkan
- Salinan Sijil Nikah dan Sijil Kelahiran Anak
Kelulusan Permohonan
Jumlah pembiayaan yang diluluskan bergantung pada harga hartanah, penilaian JPPH, amaun yang dimohon, dan kelayakan maksimum pemohon. Status kelulusan boleh disemak secara online.
Portal e-Kaunter & e-Settled
LPPSA menyediakan portal e-Kaunter untuk semakan status pinjaman dan pertanyaan lanjut, serta portal e-Settled untuk semakan baki bayaran dan tuntutan lebihan bayaran.
Aplikasi mudah alih ‘MyFinancing’ juga boleh dimuat turun untuk akses yang lebih mudah.
Dengan panduan ini, penjawat awam boleh memanfaatkan sepenuhnya kelebihan pinjaman LPPSA untuk memiliki rumah idaman dengan cara yang lebih mudah dan berpatutan.
Penafian :
Portal Kerjaya merupakan sebuah portal persendirian yang tidak mewakili mana-mana agensi atau jabatan kerajaan. Walau bagaimanapun, semua maklumat yang dikongsikan merujuk kepada sumber-sumber yang sahih.
Portal ini sentiasa mengemas kini informasi dan berita semasa untuk memastikan pengguna mendapat maklumat terkini. Sebagai portal alternatif penyampaian maklumat kepada masyarakat, informasi yang dikongsikan bertujuan memberi manfaat kepada pembaca.
Dapatkan E-Book Percuma
Dapatkan e-book percuma untuk ‘tips and tricks’ cara untuk mendapatkan pekerjaan. Hanya perlu daftarkan emel anda dan e-book ini terus dihantar ke emel.