Panduan Permohonan SPA 2024 : Laluan Pekerjaan untuk Lepasan SPM

Permohonan SPA 2024 – Selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sesetengah pelajar mencari peluang pekerjaan untuk memulakan kerjaya mereka.

Salah satu laluan yang popular dan diiktiraf adalah melalui permohonan kerja di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Permohonan SPA 2024

SPA menyediakan pelbagai jawatan dalam sektor awam yang menawarkan kestabilan kerjaya dan pelbagai manfaat. Bagi pelajar lepasan SPM yang ingin memulakan kerjaya, SPA adalah salah satu platform permohonan yang anda perlu tahu.

Baca Juga : Faedah Lain KWSP Yang Jarang Orang Tahu

Apa Yang Anda Akan Dapat Daripada Artikel Ini?

Langkah-langkah Permohonan SPA 2024

Permohonan SPA 2024

Artikel ini akan menerangkan panduan permohonan melalui SPA sebagai satu laluan pekerjaan bagi mereka yang lepas SPM dan berminat untuk bekerja dalam sektor awam.

  1. Daftar Akaun di Portal SPA
    • Langkah pertama untuk memohon kerja melalui SPA adalah dengan mendaftar akaun di portal SPA. Portal ini boleh diakses melalui laman web rasmi SPA.
    • Klik pada pautan “Daftar Akaun Baru” dan isikan maklumat peribadi yang diperlukan seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat, dan maklumat hubungan.
    • Setelah selesai mengisi borang, klik butang “Daftar” untuk melengkapkan proses pendaftaran.
  2. Lengkapkan Profil dan Maklumat Peribadi
    • Setelah berjaya mendaftar, log masuk ke akaun SPA9 menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
    • Lengkapkan profil dengan maklumat peribadi, pendidikan, pengalaman kerja (jika ada), kemahiran, dan lain-lain butiran yang relevan.
    • Pastikan maklumat yang diisi adalah tepat dan lengkap untuk memudahkan proses pemilihan.
    • Proses ini agak panjang dan rumit, anda perlu menyelesaikan proses ini dengan teliti.
  3. Pilih Jawatan yang Ingin Dipohon
    • Setelah melengkapkan profil, klik pada pautan “Senarai Jawatan” untuk melihat jawatan-jawatan yang ditawarkan oleh SPA.
    • Pilih jawatan yang sesuai dengan kelayakan akademik dan minat anda. Untuk lepasan SPM, terdapat banyak jawatan di peringkat rendah yang boleh dipohon seperti Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Penguat Kuasa, dan lain-lain.
    • Klik pada jawatan yang ingin dipohon dan baca syarat kelayakan serta deskripsi tugas dengan teliti sebelum membuat permohonan.
    • Bagi lepasan SPM, gred yang bernombor 19 seperti N19 dan lain-lain adalah yang sesuai untuk anda.
  4. Isi Borang Permohonan SPA 2024
    • Klik pada butang “Mohon” untuk memulakan proses permohonan jawatan yang telah dipilih.
    • Isi borang permohonan dengan maklumat yang diperlukan seperti latar belakang pendidikan, pengalaman kerja (jika ada), dan lain-lain.
    • Pastikan semua maklumat diisi dengan betul dan lengkap sebelum menghantar permohonan.
  5. Hantar Permohonan SPA 2024
    • Setelah borang permohonan diisi dengan lengkap, klik butang “Hantar” untuk menghantar permohonan anda.
    • Anda akan menerima notifikasi melalui e-mel sebagai pengesahan bahawa permohonan anda telah berjaya dihantar.
  6. Tunggu Panggilan Temuduga
    • SPA akan menyemak permohonan anda dan jika layak, anda akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
    • Pastikan anda sentiasa memeriksa e-mel dan portal SPA8i untuk sebarang makluman atau notifikasi mengenai status permohonan anda.
    • Jika dipanggil untuk temuduga, persiapkan diri dengan mengkaji jawatan yang dipohon dan menyediakan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.

Satu Laluan Pekerjaan Yang Baik

Permohonan SPA 2024

Permohonan kerja melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) adalah satu laluan pekerjaan yang baik bagi lepasan SPM yang ingin memulakan kerjaya dalam sektor awam.

Dengan mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan di atas, anda boleh meningkatkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil dan berpotensi untuk pembangunan kerjaya jangka panjang.

Jangan lepaskan peluang untuk mendaftar dan membuat permohonan SPA 2024, serta persiapkan diri dengan baik untuk menghadapi temuduga dan seterusnya membina kerjaya yang berjaya dalam sektor awam.

Leave a Comment