Pembayaran STR Fasa 3 2024, atau dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3, akan dikreditkan ke akaun penerima pada Ogos 2024. Semak jumlah bayaran mengikut kategori penerima.
Sumbangan Tunai Rahmah merupakan bantuan kerajaan yang disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah dan mereka yang layak berdasarkan syarat-syarat permohonan.
Apa Yang Anda Dapat Daripada Artikel Ini?
Bayaran STR Fasa 3 2024
Berikut dikongsikan jumlah bayaran STR 2024 :
Isi Rumah Berpendapatan < RM2,500
Bilangan Anak | Jumlah STR 2024 |
0 Anak | RM1,000 |
1-2 Anak | RM1,500 |
3-4 Anak | RM2,000 |
> 5 Anak | RM2,500 |
Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 – RM5,000
Bilangan Anak | Jumlah STR 2024 |
0 Anak | RM500 |
1 – 2 Anak | RM750 |
3 – 4 Anak | RM1,000 |
> 5 Anak | RM1,250 |
Warga Emas Tiada Pasangan Berumur > 60 Tahun
Jumlah STR 2024 | RM600 |
Bujang Berpendapatan < RM2,500 ( Berumur 21 – 59 tahun)
Jumlah STR 2024 | RM350 |
Baca Juga : Tarikh Tutup Permohonan SPA 2024
Tarikh Bayaran STR Fasa 3 2024
Pembayaran STR Fasa 3 2024 akan dilakukan secara berperingkat pada bulan Ogos ini. Penerima yang layak akan menerima bayaran bantuan yang dikreditkan terus ke dalam akaun mereka.
Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau mempunyai status akaun yang tidak aktif, penebusan tunai boleh dilakukan di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.
Penerima disarankan untuk membuat semakan bayaran STR Fasa 3 secara atas talian bagi memastikan kelancaran proses penerimaan bantuan ini.
Cara Semakan Status STR Fasa 3 Online
Untuk menyemak status STR Fasa 3 secara dalam talian, ikuti langkah-langkah berikut:
- Klik log masuk MySTR.
- Masukkan nombor MyKad pemohon.
- Lakukan pengesahan kata kunci keselamatan.
- Masukkan kata laluan.
- Klik Semakan Status.
Maklumat yang akan dipaparkan merangkumi:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Semakan status STR Fasa 3 boleh dilakukan di Portal Rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat mengenai Semakan STR Fasa 3 2024 anda boleh layari laman web rasmi di:
- Portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Pejabat Hasil: 1-800-88-2747
- Hadir ke Pejabat Hasil Berhampiran
Mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
Apa Itu STR 2024?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 adalah bantuan kewangan daripada Kerajaan Malaysia yang disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Program ini bertujuan untuk membantu mereka yang layak mengatasi cabaran kos sara hidup. Peningkatan pemberian tunai ini dicapai melalui penyasaran semula subsidi oleh kerajaan.
Kriteria Kelayakan STR 2024
- Isi Rumah:
- Berkahwin atau ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan:
- Bujang atau ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda tanpa anak.
- Umur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang:
- Bujang atau ibu/bapa tunggal/balu/janda/duda tanpa anak.
- Umur 21-59 tahun.
- OKU berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2,500 dan ke bawah.
Kaedah Pembayaran STR 2024
Pembayaran STR akan dilaksanakan melalui dua kaedah utama:
- Kredit ke Akaun Bank: Pembayaran dikreditkan terus ke akaun bank penerima atau pasangan.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN): Pembayaran tunai dilakukan jika tiada maklumat akaun bank atau pengkreditan gagal.
Permohonan Sepanjang Tahun
Permohonan untuk STR boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun, memastikan bantuan ini sentiasa dapat diakses oleh mereka yang memerlukan.
Dapatkan E-Book Percuma
Dapatkan e-book percuma untuk ‘tips and tricks’ cara untuk mendapatkan pekerjaan. Hanya perlu daftarkan emel anda dan e-book ini terus dihantar ke emel.