Sumbangan Asas Rahmah: Bantuan Sara Hidup untuk Penerima STR 2024

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk 700 ribu penerima STR menawarkan RM100 setiap bulan selama 12 bulan untuk pembelian barang asas di kedai runcit melalui Belanjawan 2024.

sumbangan asas rahmah

Menurut Kementerian Kewangan, mulai 2024, SEMUA penerima STR akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berbanding hanya kategori miskin tegar yang layak bagi tahun 2023.

Baca Juga : Jumlah dan Jadual Bayaran STR Fasa 3 Ogos 2024

Tarikh Bayaran Sumbangan Asas Rahmah

  1. Penerima Semenanjung:
    • Menerima RM100 atau RM50 secara bulanan mulai 22 Januari 2024. Bayaran berikutnya dilakukan pada 1 haribulan setiap bulan menerusi MyKad.
  2. Penerima Sabah/Sarawak:
    • Menerima RM600 dalam dua bayaran; 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024, dikreditkan ke akaun bank atau tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional.

Kaedah Penyaluran Bantuan SARA 2024

  • Pelaksanaan bermula 22 Januari 2024 di Semenanjung dan 19 Februari 2024 di Sabah, Sarawak, dan Labuan.
  • Bantuan bulanan RM100 untuk isi rumah dan warga emas, RM50 untuk golongan bujang.
  • Penerima di Sabah, Sarawak, dan Labuan menerima RM600 untuk isi rumah dan warga emas, RM300 untuk golongan bujang dalam dua pembayaran tahunan.

Cara Pembelian Barangan Bantuan SARA 2024

  • Akaun dibuka melalui MyKad dalam sistem MyKasih. Elaun bulanan RM100/RM50 untuk pembelian barang asas di kedai terlibat dengan MyKasih.
  • Pembayaran dilakukan menggunakan MyKad di kedai runcit yang mempunyai sistem pembayaran MyKasih.
  • Penerima akan menerima notifikasi SMS/WhatsApp untuk pengesahan dan jadual taklimat.

Kategori Produk yang Terlibat

sumbangan asas rahmah

Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan, dan barangan persekolahan. Semua barangan yang terlibat akan dilabel untuk rujukan penerima.

Penafian :
Portal Kerjaya merupakan sebuah portal persendirian yang tidak mewakili mana-mana agensi atau jabatan kerajaan. Walau bagaimanapun, semua maklumat yang dikongsikan merujuk kepada sumber-sumber yang sahih.

Portal ini sentiasa mengemas kini informasi dan berita semasa untuk memastikan pengguna mendapat maklumat terkini. Sebagai portal alternatif penyampaian maklumat kepada masyarakat, informasi yang dikongsikan bertujuan memberi manfaat kepada pembaca.

Dapatkan E-Book Percuma

Dapatkan e-book percuma untuk ‘tips and tricks’ cara untuk mendapatkan pekerjaan. Hanya perlu daftarkan emel anda dan e-book ini terus dihantar ke emel.

STR Fasa 3

Leave a Comment