Tarikh Penting Pembayaran Bantuan JKM 2024

Bantuan JKM – Untuk meringankan bebanan hidup rakyat Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan pelbagai bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan.

bantuan JKM

Bantuan ini bertujuan memastikan rakyat dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik, selain membantu dalam aspek pemulihan, pencegahan, dan pembangunan modal insan.

Melalui artikel ini, anda akan mengetahui lebih lanjut mengenai tarikh bayaran, cara membuat semakan status bantuan, serta jenis-jenis bantuan yang ditawarkan oleh JKM pada tahun 2024.

Baca Juga : Gaji Penjawat Awam

Tarikh & Jadual Pembayaran Bantuan JKM 2024

Bayaran bulanan bantuan JKM untuk tahun 2024 telah dijadualkan seperti berikut:

  • Januari: 10 & 11 Januari
  • Februari: 9 & 10 Februari
  • Mac: 9 & 10 Mac
  • April: 11 & 12 April
  • Mei: 9 & 10 Mei
  • Jun: 9 & 10 Jun
  • Julai: 11 & 12 Julai
  • Ogos: 8 & 9 Ogos
  • September: 8 & 9 September
  • Oktober: 10 & 11 Oktober
  • November: 9 & 10 November
  • Disember: 8 & 9 Disember

Pembayaran bantuan ini biasanya dikreditkan ke dalam akaun bank penerima sebelum 10 haribulan setiap bulan.

Pihak JKM akan mengeluarkan maklumat terkini sekiranya terdapat sebarang perubahan tarikh pembayaran.

Cara Membuat Semakan Bayaran Bantuan JKM

bantuan JKM

Untuk memastikan bayaran diterima dengan betul, anda boleh membuat semakan status bayaran secara atas talian melalui dua kaedah utama:

  1. Semakan Melalui eBantuanJKM
    • Layari laman web eBantuanJKM di pautan: http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
    • Klik “Semakan Status Permohonan Atas Talian.”
    • Masukkan nombor kad pengenalan dan klik “Semak.”
  2. Semakan Melalui eMaklum
    • Apa itu eMaklum?
      eMaklum adalah sistem yang disediakan oleh JKM untuk memudahkan penerima bantuan menyemak status permohonan mereka. Sistem ini membolehkan pengguna menyemak status kelulusan dan maklumat lain berkaitan bantuan secara atas talian.
    • Cara Semakan Melalui Aplikasi eMaklum
      • Muat turun aplikasi eMaklum.
      • Pilih ‘Carian Dokumen’ dan masukkan nombor kad pengenalan.
      • Pilih ‘Jenis Carian’ dan masukkan nombor akaun bank.
      • Tarikh sebelah kiri: masukkan tarikh pertama bantuan diterima.
      • Tekan butang ‘Cari.’
    • Cara Semakan Melalui Portal eMaklum
      • Layari laman web eMaklum di pautan: https://emaklum.anm.gov.my/
      • Masukkan nombor IC dan pilih tarikh semakan.
      • Tekan “Semak” dan maklumat bayaran akan dipaparkan.

Jenis-Jenis Bantuan JKM 2024 dan Kadar Bayaran

bantuan JKM

Berikut adalah jenis-jenis bantuan yang ditawarkan oleh JKM pada tahun 2024, beserta kadar bayaran dan kriteria kelayakan:

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
    • Kadar: Minimum RM150 sebulan seorang, maksimum RM1000 sekeluarga.
    • Kriteria Kelayakan: Warganegara Malaysia, keluarga/penjaga dengan pendapatan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), kanak-kanak berumur bawah 18 tahun (atau berumur 18 tahun ke atas jika masih bersekolah).
  2. Bantuan Anak Pelihara
    • Kadar: RM250 sebulan seorang, maksimum RM500 sekeluarga.
    • Kriteria Kelayakan: Keluarga yang menjaga anak-anak tanpa ibu bapa, bukan anak angkat sah, atau anak di bawah perintah mahkamah.
  3. Bantuan Warga Emas
    • Kadar: RM500 sebulan seorang.
    • Kriteria Kelayakan: Warganegara Malaysia berumur 60 tahun ke atas, pendapatan isi rumah di bawah PGK, dan tidak tinggal di institusi kendalian JKM.
  4. Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (OKU)
    • Kadar: RM450 sebulan seorang.
    • Kriteria Kelayakan: Warganegara Malaysia, berumur 16 tahun ke atas, pemegang kad OKU JKM, dan mempunyai pendapatan bulanan RM1,500 dan ke bawah.
  5. Bantuan Am (BA) Persekutuan
    • Kadar: Minimum RM100 sebulan seorang, maksimum RM350 sekeluarga.
    • Kriteria Kelayakan: Warganegara Malaysia yang bermastautin di Wilayah Persekutuan dengan pendapatan isi rumah di bawah PGK.
  6. Bantuan Am Negeri
    • Kadar: Berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh kerajaan negeri masing-masing.
    • Kriteria Kelayakan: Golongan miskin yang tidak diliputi di bawah bantuan lain.
  7. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
    • Kadar: RM300 sebulan seorang.
    • Kriteria Kelayakan: Warganegara Malaysia, berumur 16 tahun ke atas, pemegang kad OKU JKM, tidak berupaya bekerja, dan pendapatan isi rumah di bawah PGK.
  8. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar
    • Kadar: RM500 sebulan seorang.
    • Kriteria Kelayakan: Warganegara Malaysia, penjaga sepenuh masa kepada OKU/pesakit kronik terlantar, dan pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.
  9. Bantuan Latihan Perantis
    • Kadar: RM200 sebulan seorang.
    • Kriteria Kelayakan: Warganegara Malaysia, anak penerima bantuan, bekas pelatih dari institusi kebajikan, atau bekas pelatih Perintah Khidmat Masyarakat.

Cara Memohon Bantuan JKM Secara Online

bantuan JKM

Untuk memohon bantuan JKM secara online, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web eBantuanJKM: http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_SemakIc.jsp
  2. Daftar permohonan mengikut negeri.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan dan isikan borang yang berkaitan.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan disiasat oleh pihak JKM untuk penilaian kelayakan (means-tested).

Pemohon yang layak akan diberi bantuan berdasarkan prinsip penyampaian bantuan yang berasaskan kelayakan dan bukan hak.

PERHATIAN: Pemohon perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dalam tempoh 14 hari selepas permohonan dibuat secara atas talian. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan dibatalkan secara automatik.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu disediakan semasa memohon bantuan JKM termasuk:

  • Salinan MyKad/Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan MyKad/Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan Kad OKU/Slip Pendaftaran Sementara OKU (Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan/surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
  • Bil Utiliti (air/elektrik/telefon/astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/terlantar/kronik/alat tiruan)

Nota: Dokumen-dokumen ini perlu dibawa semasa hadir ke pejabat.

Borang Berkaitan

bantuan JKM

Beberapa borang penting yang boleh dimuat turun termasuk:

  • JKM 18: Borang Permohonan Bantuan (Klik di sini untuk muat turun)
  • JKM 20: Borang Kemaskini Maklumat (Klik di sini untuk muat turun)

Semakan Status Permohonan

Untuk membuat semakan status permohonan bantuan JKM, ikuti langkah berikut:

  1. Log masuk ke laman web eBantuanJKM.
  2. Tekan butang ‘Semakan Status Semakan Atas Talian.’
  3. Masukkan No.Kad Pengenalan dan klik butang ‘Semak’.

Senarai status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima akan dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian 03 – 8000 8000

Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Penafian :
Portal Kerjaya merupakan sebuah portal persendirian yang tidak mewakili mana-mana agensi atau jabatan kerajaan. Walau bagaimanapun, semua maklumat yang dikongsikan merujuk kepada sumber-sumber yang sahih.

Portal ini sentiasa mengemas kini informasi dan berita semasa untuk memastikan pengguna mendapat maklumat terkini. Sebagai portal alternatif penyampaian maklumat kepada masyarakat, informasi yang dikongsikan bertujuan memberi manfaat kepada pembaca.

Dapatkan E-Book Percuma

Dapatkan e-book percuma untuk ‘tips and tricks’ cara untuk mendapatkan pekerjaan. Hanya perlu daftarkan emel anda dan e-book ini terus dihantar ke emel.

bantuan JKM

Leave a Comment