Perdana Menteri Selaras Gaji Penjawat Awam Bermula 1 Disember 2024

Gaji Penjawat Awam – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelarasan gaji untuk penjawat awam yang melibatkan Kumpulan Pelaksana, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT).

gaji penjawat awam

Kenaikan gaji sebanyak 15 peratus bagi Kumpulan Pelaksana serta Pengurusan dan Profesional akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada 1 Disember 2024 dan 1 Januari 2026. Bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi, kenaikan gaji yang diterima adalah sebanyak tujuh peratus.

Baca Juga : Tarikh Tutup Permohonan SPA 2024

Pelaksanaan Pelarasan Gaji Penjawat Awam

Pelarasan gaji akan dilaksanakan dalam dua fasa:

gaji penjawat awam

Fasa 1: Bermula pada 1 Disember 2024, Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional akan menerima kenaikan sebanyak lapan peratus, manakala KPT akan menerima kenaikan empat peratus.

Fasa 2: Bermula pada 1 Januari 2026, pelarasan gaji diteruskan dengan tambahan tujuh peratus bagi Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan tiga peratus untuk KPT.

Contoh Kenaikan Gaji Penjawat Awam

gaji penjawat awam

Sebagai contoh, seorang Pembantu Hidupan Liar Gred G11 dengan gaji RM1,795 pada 30 November 2024 akan menerima RM2,115 selepas Fasa 1. Semasa Fasa 2 pada 1 Januari 2026, pendapatannya akan meningkat kepada RM2,327.

Kalkulator Gaji SSPA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah melancarkan Kalkulator Gaji SSPA secara maya untuk membantu penjawat awam mengira kenaikan gaji mereka. Melalui alat ini, mereka dapat mengetahui jumlah kenaikan gaji pokok yang akan diterima tanpa termasuk elaun tetap.

Kalkulator Gaji SSPA boleh diakses melalui Portal Jabatan Perkhidmatan Awam atau Portal Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). Penjawat awam perlu menambah elaun tetap yang mereka terima secara manual untuk mendapatkan gambaran sebenar pendapatan bulanan selepas pelaksanaan kenaikan gaji.

Intipati Penuh Pengumuman

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa inisiatif baharu pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19, 16 Ogos 2024, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

  1. Perubahan Sistem Saraan: Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan digantikan oleh Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bermula 1 Disember 2024.
  2. Ganjaran dan Integriti: Hanya kakitangan yang berkhidmat dengan setia, amanah, dan cemerlang akan menerima ganjaran. Nilai dan integriti akan menjadi tonggak utama dalam perkhidmatan awam.
  3. Kelayakan Masuk: Kelayakan minimum untuk kemasukan ke perkhidmatan awam ditingkatkan kepada SPM atau setara.
  4. Peningkatan Prestasi dan Tatatertib: MyPERFORMANCE akan menggantikan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan. Kerajaan juga akan melaksanakan penilaian prestasi dan rasionalisasi pejabat di luar negara mulai 1 Januari 2025. Kenaikan pangkat dan penempatan akan berasaskan kompetensi dan prinsip “right person for the right post”.
  5. Penghargaan: Kerajaan merakam penghargaan kepada Tan Sri Mohd Zuki Ali atas perkhidmatannya sebagai Ketua Setiausaha Negara.

Komitmen Kerajaan Tingkat Kecekapan Sektor Awam

Inisiatif ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan integriti sektor awam, dengan harapan setiap penjawat awam melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.

Leave a Comment